Monday, July 13, 2009

tunjukkan aku.....


tunjukkan aku jalan.... bersama bayang aku terbang...belum pasti kemana aku singgah..apa pasti ini yang aku ingin? sisip jalan yang sempit ini aku cuba juga mencelah..lantas aku jua yang tersangkut..meronta untuk melepaskan diri...mana bayang yang selalu berada bersamaku? bayang yang selalu mambawa aku ke puncak..titipkan aku sedikit titis walau embun mu..kerana aku telah lama sudah menyerahkan segenap hati aku..payah benar meletakkan mu dimana2..kerana hanya ada satu tempat mu di situ.. nak di buang kemana tempat paling berhak? kekadang masa yang selalu setia barsama ku..sentiasa aku harapkan untuk membawa aku pergi tanpa aku ingatkan semuanya...bilamana aku tetap ingin mahu engkau tiada aku juga mahu engkau ada...hati ini...walau ada yang cuba menjadi penawar..tegakah aku untuk berpura2? sanggupkah aku melukakan yang lain walau aku sudah parah terluka...apa bedanya? aku tidak salahkan hidup ini..bukan hidup ini yang tidak adil tapi mungkin sudah itu yang tertulis...apa yang pasti..bukan satu beban yang aku pikul sekarang tetapi ada beribu lagi beban aku disini...malam ini aku terfikir lagi...mungkin esok berfikir lagi? mungkin seterusnya aku berfikir lagi....mana mungkin bayang itu akan meninggalkan aku...sebab itu yang membuat aku bertambah perit...

0 BiNgKiSaN TeMaN: